Hi uols. Bagaimana Isnin anda so far? Cuaca panas terik kan? Make sure banyak minum air kosong ye. Kalau agak agak tak perlu, duduk la rumah. Tak perlu keluar. Terbakar kulit uols nanti. Nak tanned lagi ke? Kalau warna tuan tanah ni dah tak payah tanned bagai. Dah tinggal nak hangus je hihi.
Jumaat lepas kawan tuan tanah datang dari Daegu bersama mak ayah dia. YaeJi namanya. Cantik mulus orangnya. Maklumla diorang kan dapat angin sepoi sepoi sejuk menerpa ke pipi. Semua acah acah muka Song Hye Kyo. Hihi. So since masa visit tuan tanah dengan Mimi ke Seoul, YaeJi turun dari universiti dia untuk jumpa kami semata mata. **terharu** jauh tau. 45 minit naik subway. So apala sangat tuan tanah drive dari Klang untuk jumpa YaeJi kan?
Banyak juga tempat dia lawat dari Jumaat. Sabtu tu dia sempat cover Batu Caves, KL Tower, Masjid Jamek, KL Gallery. Haaa tiada satu pun yang tuan tanah pernah pergi kecuali Masjid Jamek.**malu** Kami janji nak jumpa kat Jalan TAR. Mula mula tepuk dahi jugak tuan tanah sebab kenapa dalam banyak banyak tempat, dia nak pergi pasar jalan tar. Hikhik. Takpa layankan saja.
Tapi bayangkan keramaian kesesakan orang kat jalan tar weekend tu. Tambah tambah cuti sekolah, dan ramai dah mula siapkan persiapan raya. Hazab uolss. Sekejap je mak ayah YaeJi boleh tahan kat pasar tu. Terus minta cari tempat aircond.
Ni la YaeJi. Cantik manis bukan? Baru 23 tahun uols. Dah pernah practical kat Malaysia pun dulu. Dikala tuan tanah umur macam ni, tak pernah lagi terfikir nak travel solo molo ni. Even sekarang. Belum dapat kumpul keberanian uols~~
Dari Jalan TAR kami begerak ke Pavillion. Asalnya nak guna kereta je dari jalan tar, tapi bila fikir nanti mesti lagi sesak nak masuk ke Pavillion. Jadi kami naik Star LRT je. Ya Allah jakunnya tuan tanah. Subway kat Korea tu selamba yakin je kan. Bila kat tempat sendiri terus jadi kalut. Dasar double standard!!
Nasib ada San Ee. Lelaki dihujung sekali dalam gambar ni baik sangat. Kawan YaeJi juga. Orang Malaysia macam tuan tanah haha. Dia la yang bawa YaeJi & keluarga jalan jalan sekitar KL. Sungguh sebenarnya ramai orang kita baik baik. Tapi ramai yang malu malu nak buat baik. (cakap pd diri sendiri jugak) Oleh kerana tuan tanah tak berapa mahir dengan public transport KL, memang San Eee yang jadi tour guide. Memang macam tuan tanah pun kira tourist.
Ni la mak ayah YaeJi. Sayang sungguh mereka tak boleh berbahasa Inggeris dan tuan tanah tak boleh berbahasa Korea. Kalau boleh, confirm rancak! Mak YaeJi ada tanya siapa artis Korea yang paling tuan tanah suka. Nasib tuan tanah jawab satu je. Ikut hati mau sampai 20 nama tuan tanah sebut hehe. Ayah YaeJi pula ada business contractor. Dia kata dia jarang tengok tv sebab takda wang. Hehe. Cubaan berseloroh menggunakan body language. Janji kami dedua paham sudah. Rumah dengan office sebelah sebelah je. Dan dia suka bela ayam. Dah ada 10 ekor dia bela. Siap tunjuk video tau~~ Dia jemput datang rumah diorang kalau datang ke Korea lagi. Dia boleh masakkan ayam katanya.
Bila tuan tanah cakap weekend tu Kim Jong Kook ada kat KL. Diorang kata diorang pun tak tau dan pelik macam mana tuan tanah boleh tahu. Nampak tak betapa ramainya sebenarnya artis dalam negara diorang. Pada tuan tanah KJK tu dah famous habis dah. Dah macam Anuar Zain kita. Haha. Poyo sangat tuan tanah~
Dari Star LRT, tukar ke Monorail turun di Bukit Bintang. Rasa jakun sangat tengok bandar sibuk macam KL ni diwaktu malam. Sampai je kat Pavillion, ayah YaeJi request nak makan di tempat aircond & tak sibuk. Diorang ajak makan di Michael Angelo. Italiano restaurant. Masa ni San Ee tanya "u ok tak makan sini?" ala sweet sungguh dia ni tau. Jarang ok jumpa yang suwit suwit ni. Tapi kalau uols yakin, makanlah. Kebetulan ada malay waitress kat situ explain ada makanan yang campur wine. Ada yang tak. Jadi waitress tu yang suggest untuk tuan tanah.
Ayah YaeJi offer untuk minum. Bila tuan tanah kata tak minum, dia ingatkan tuan tanah tak minum sebab balik nanti kena drive sendiri. Bila YaeJi explain tentang agama tuan tanah, terus bapa dia mintak permission kalau dia nak minum ok tak? Jangan salah sangka tau. Bukan diorang tak respect. Tuan tanah yang tak kisah. Itukan kebiasaan diorang. Takkan sebab tuan tanah je, diorang tak boleh minum kan.
Overall tuan tanah happy sangat dapat jumpa mak ayah YaeJi. Sama macam anak dia. Ramah tamah. Tu sebab tuan tanah cakap nasib tak boleh communicate dengan betul. Kalau tak mahunya tuan tanah ajak lepak mamak pulak hehe. Ahad tu mereka dah pulang. Kejap je percutian mereka. Katanya kebetulan dapat tiket AA murah dari Busan ke KL. RM350 return untuk sorang. Gila tak murah? Gila ko???!!!
YaeJi akan datang semula ke KL untuk bekerja bermula August nanti. Tak sabar nak jumpa lagi. Paling terkilan bila dia yang beri ole ole dari Korea. Bukan tuan tanah tauuuu. Harus kena balas semula budi budi. Dah la makan pun ayah dia yang bayar. Insya Allah ada kelapangan, ada rejeki akan tuan tanah visit mak ayah dia kat Daegu nanti. Hihi. Officially ada kampung baru kat sana!!
Naz! Jelezz u ouls ada kawan dari korea bestnya klau blk kg sana dh x perlu risau. Jm pun nk cari sorang lah. Ehh camna leh kenal yaeji nih? San se tj chinese ek?
ReplyDeleteHahaha kelakar part nak naik public transport tu, dia pulak yg jd tourist eh. Yaeji keja kt msia ke? Waduhh terlalu excited byk betul soalan nya heeee
Naz dan yaeji so sweet lah pipi bam bam
sebelum pergi Seoul dulu naz join couchsurfing. ada la satu entry naz tny soalan2. YaeJi ni message nak ajak jumpa sebab dia kata dia suka berkawan dgn malaysians. so jumpa la kat Seoul dulu. Dia dah nak start kerja bulan 8 nanti kat PJ. San Ee tu mmg org Malaysia. baik sgt tau.
Deletejom kita cari kawan korea lagi hehehehe